Write Ups

TERUBUK DI SARAWAK

Jenis-jenis Ikan Terubok
Terdapat dua (2) dua jenis terubuk di Sarawak iaitu:-
(a) Terubuk laut atau Tenualosa macrura yang bermulut kecil, bersaiz pendek dengan bahagian kepala lebih kecil dan badan lebih gemuk;

(b) Terubuk sungai (Tenualosa toli) muncung (mulut lebih besar dan panjang) juga dikenali sebagai Terubuk Sarawak di kalangan penduduk negara ini.

Fakta Mengenai Ikan Terubuk Masin Sarawak
Terubok ini hanya terdapat di sungai-sungai utama di Sarawak iaitu Batang Lupar, Batang Saribas dan Batang Lassa. Manakala bagi terubok bermulut kecil T. macrura, yang kurang diminati, kebanyakkanya terdapat di persisiran perairan pantai Sarawak terutamanya di persisiran perairan hutan bakau dari Tg. Datu ke Tg. Sirik. 

Kawasan Tangkapan Terubok


Tanjung DatuTerubok merupakan ikan pelagic di dalam famili “Clupeidae”. Penentuan jantina ikan terubok hanya dapat dkenal pasti apabila menjangkau dalam usia dua tahun dan bertelur(bergravid). Mengikut kajian Jabatan Perikanan laut Sarawak T. Toli mulai bertelur dari bulan September hingga Oktober dan berkurangan pada bulan November. Walaubagaimanapun, ikan terubok banyak memasuki sungai dari bulan April hingga bulan Oktober.

Musim Ikan terubok
Musim ikan terubok bermula agak lambat tetapi pendek (Jun hingga Oktober) bagi kawasan Btg. Lupar, manakala bagi Btg. Lassa pula, musimnya berpanjangan selama 6 bulan (April hingga November) (Willmann, et al., 1989 dan Albert, 1988). Faktor ini disebabkan perpindahan (migratory) terubok berbeza antara Btg. Lupar dan Btg. Lassa.

Biologi
Terubok jantan didapati dalam ukuran panjang (fork length/FL) 12.8-34.0 cm, manakala betina ialah dari 14-46.2cm dan mempunyai purata berat 178.2g dan 533.9g masing-masing. Ini menunjukkan bahawa ikan jantan adalah kecil berbanding dengan ikan betina. Kajian ini mendapati terubok boleh membesar sehingga 58 cm atau fork length.
Gambarajah diatas menunjukkan kadar berat ikan terubok bagi setiap bahagian/daerah di seluruh negeri Sarawak.

Empirit adalah anak terubok dan mempunyai ukuran panjang (FL) lebih kurang 29cm merupakan kematangan peringkat pertama bagi terubok. Ketika berusia bawah setahun, ikan yang banyak tulang ini dikenali sebagai empirit olehpenduduk tempatan.
Oleh itu, emperit dijual dengan harga yang murah dan EMPERIT ini mempunyaiBANYAK TULANG. Bagi sesiapa yang ingin membeli ikan terubok masinPASTIKAN!!!!! anda membeli ikan terubok masin yang telah MATANG (DEWASA).

Kebanyakkan pengguna hanya membeli ikan terubok masin di pasaran hanya kerana ianya dinamakan IKAN TERUBOK MASIN. Anda juga perlu bijak memilih Ikan Terubok Masin ASLI dari Sarawak.. Anda juga perlu bijak mengenalpasti yang mana empirit dan yang mana terubok matang.

Tidak semua yang tahu mengenai ini…Hanya tengok ikan terubok masin lalu beli…. Sebagai pengguna ANDA harus mengetahui HAK ANDA SEBAGAI PENGGUNA.. Selidik dahulu….
Tapi bagaimana hendak mengetahui bentuk ikan terubok dewasa dan empirit Saya lihat semua ikan terubok masin sama saja ???

Empirit banyak didapati pada permulaan musim dan dipenghujung musim terubok. Purata bilangan telur dalam ovari ikan terubok betina adalah lebih kurang 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian menjadi matang sebagai yang dikenali sebagai terubuk dan bergantung kepada saiz ikan tersebut. Proses peneluran ini berlaku hanya sekali dalam setahun iaitu dari bulan Jun hingga Oktober.

Terubok banyak ditangkap di muara sungai apabila terdapat tahap kemasinan yang agak rendah. Keadaan ini juga ada mempunyai kaitan dengan jumlah hujan dari hulu sungai.
TERUBUK di Sarawak hanya dapat ditentukan jantinanya apabila menjangkau usia dua tahun dan bertelur. Sebelum tempoh itu, ketika berusia bawah setahun, ikan banyak tulang berkenaan dikenali sebagai empirit di kalangan penduduk tempatan. Saiznya sekitar 27 sentimeter panjang.

Mengikut kajian Commonwealth Scientific & Industrial Research Organisation (CSIRO Australia), Ikan terubok mempunyai sejarah putaran kehidupan yang sangat komplek dan ikan ini akan betukar jantina (protandrous hermaphrodite) and hanya hidup diantara 2 hingga 3 tahun.
Seekor terubuk yang berusia dua tahun, mampu menghasilkan antara 500,000 hingga 2 juta telur dan daripada jumlah itu kurang lima peratus saja yang berjaya menetas, seterusnya membesar sebagai empirit kemudian matang sebagai terubuk.

Terubuk laut didapati banyak di persisiran pantai dari Tanjung Datu hingga ke Tanjung Sirik. Manakala terubuk Sarawak di perairan muara sungai seperti Batang (sungai) Lupar, di Sri Aman, Batang Lassa di Mukah, Batang Sadong di Samarahan dan Batang Saribas di Betong.


Bagaimanapun, popularitinya secara langsung akan mengancam pembiakannya apabila berlaku kegiatan perikanan tidak terkawal disebabkan permintaan tinggi terhadapnya terutama yang bertelur, selain kegiatan pembangunan di kawasan pembiakan.Mengikut kajian Institut Pembangunan Sarawak (SDI) mendapati jumlah tangkapan ikan di Batang Lupar dan Batang Lassa semakin merosot disebabkan beberapa faktor seperti berikut:-

(a) penangkapan ikan tidak terkawal menyebabkan spesies itu tidak sempat sampai tempoh matang dua tahun untuk menjadi terubuk betina dan bertelur untuk meneruskan pembiakan;(b) kawasan pembiakannya dicerobohi; dan(c)kegiatan menyedut pasir di muara laut dan sungai. Ini disebabkan muara sungai yang berair payau sering menjadi tumpuan terubuk bertelur, apabila tiba musimnya.Berikutan kepupusan itu, harga pasaran terubuk Sarawak semakin mahal terutama di Semenanjung yang mencecah RM30 sekilogram, manakala telur dijual RM150 hingga RM200 sekilogram.

Kajian saintifik yang dilakukan di Pusat Pembiakan Terubuk di Lingga, Sri Aman menunjukkan ikan itu tidak boleh dipelihara di kolam seperti talapia dan siakap kerana ia memerlukan habitat semula jadi seperti muara laut dan muara sungai untuk bertelur.

-----------------------------------------------------------------------------


Jenis Kategori Air Laut- Untuk Pemancing



Pilih lah waktu air yang sesuai... dapat tingkatkan peluang mendapat ikan idaman, mudah memancing dan berbaloi.. Usaha.. rezeki kita dl laut? Subjektif..
Air Besar Dan Air Mati

Terdapat beberapa jenis air dan istilah yang digunakan oleh kebanyakan pemancing dan nelayan tempatan.. Saranan kepada kita sebagai pemancing agar menggunakan istilah piawaian yang boleh difahami oleh segenap lapisan pemancing di negara ini agar ianya menjadi satu istilah global. Berikut adalah penerangan yang boleh dimanfaatkan dan dijadikan bahan untuk dikongsi dengan rakan-rakan pemancing lain..

Air Besar

Istilah air besar ini selalunya dirujuk kepada aras air pasang dan surut yang mempunyai perbezaan ketinggian yang maksimum. Dengan kata lain pada waktu air besar maksimum, aras air pasang akan naik lebih tinggi dari kebiasaannya terutama pada sebelah pagi dan awal malam di sekitar Pelabuhan Klang. Manakala pada waktu tengahari dan tengah malam pula, aras air surut maksimum akan terjadi. Pada ketika ini istilah 'pasang keling' atau pasang penuh selalu digunakan. Sesetengah tempat di Semenanjung, pasang dan surut terjadi hanya sekali dalam sehari. Untuk mengetahui masa terjadinya air besar ialah berpandukan kepada pergerakan bulan atau lebih senang lagi merujuk kepada Bulan Melayu (Tahun Hijrah) dan juga Kalendar Cina kerana kedua-dua kalendar ini merujuk kepada pergerakan bulan.

Sebagai contoh, Bulan Penuh atau Bulan Mengambang adalah waktu air besar tejadi. Biasanya air besar berlaku selama 20 hari sebulan iaitu pada awal bulan (Bulan Gelap) dan pada akhir bulan (Bulan Terang). Merujuk kepada Bulan Melayu, air besar bermula pada 26 hb sehingga 7 hb pada awal dan akhir bulan manakala bagi kalendar cina ia berlaku dari 13 hb sehingga 18 hb (lebih kurang sama).

Selain itu sebagai alternatif, bacaan jadual pasang-surut juga dapat membezakan air besar dan air mati melalui catatan pada perbezaan aras air pasang dan air surut.

Memancing Sewaktu Air Besar

Memancing sewaktu air besar memerlukan sedikit pengalaman dan ilmu pengetahuan di sekitar padang pancing (sekiranya tidak mendapat bantuan tekong tempatan) supaya hasilnya tidak menghampakan pemancing semua. Kalau tidak, kita akan dihidangkan oleh seribu satu macam masalah yang diakibatkan oleh perubahan arus laju seperti umpan timbul dan hanyut, tali pancing terutama perambut yang bersimpul dan lebih teruk lagi kalau memancing beramai-ramai di atas bot, tali pancing akan tersangkut dan bermacam-macam lagi.

Saya kira ramai pemancing sudah melalui pengalaman ini malah ramai juga yang serik memancing pada waktu air besar. Oleh kerana pergerakan air besar amat laju, pemancing memerlukan pemberat yang boleh menampung kelajuan air tersebut dari menghanyutkan tali pancing. Joran yang kecil tidak sesuai digunakan pada masa tersebut. Dalam kes ini apabila ikan meragut pancing, kita kurang merasakan tekanan yang dihasilkan oleh sebab pemberat tadi. Lebih memburukkan sekiranya ada tiupan angin yang bertentangan dengan pergerakan air yang akan menyebabkan berlakunya gelombang atau alun yang boleh memeningkan kepala dan boleh menyebabkan mabuk laut.

Aktiviti memancing seterusnya akan terganggu apabila keadaan ini terjadi. Di Selat Melaka contohnya, memancing sewaktu air besar terutama di sekitar Rumah Api Permatang Sedepa kadangkala memberikan hasil yang lumayan. Ramai pemancing menunggu waktu air besar untuk memancing di kawasan laluan kapal tersebut. Mereka menggunakan kaedah pancmg hanyut (menggunakan pemberat besar saiz 12 ke atas, dan diseretkan di dasar air yang berkedalaman 200 kaki ) untuk memancing jenahak, kerapu, dan jemuduk. Tanpa menggunakan sauh, bot yang kebiasaannya mempunyai kapasiti enjin 70 kuasa kuda keatas dibiarkan hanyut melalui lubuk-lubuk tertentu kerana pada ketika ini ikan yang hendak dipancing tidak bergerak disebabkan kelajuan arus akan meletihkannya sekiranya ia berenang mundar-mandir. Umpan akan disentap apabila ia melalui kawasan ikan-ikan tersebut mendiamkan diri'.

Teknik ini lebih berkesan jika dibandingkan sewaktu air mati atau kecil kerana pemancing akan keletihan menarik batu ladung dari menarik ikan. Aktiviti memancing di kawasan ini hanya dilakukan di siang hari atas sebab-sebab keselamatan.

Air Mati

Air mati pula diistilahkan sebagai aras perbezaan air pasang dan surut yang tidak jauh perbezaannya iaitu kebiasaannya aras perbezaan sekitar 1.5 hingga 2.5 meter (contoh untuk Pelabuhan Kelang). Air mati berlaku selama sepuluh hari dalam sebulan iaitu pada 7 hb hingga I 1 hb Bulan Melayu (Hijrah) manakala fasa kedua pada 20 hb hingga 24 hb. Untuk lebib mudah, anda rujuk sahaja Bulan Melayu untuk menentukan waktu air mati tanpa melihat pada perbezaan aras air pasang dan surut. Sesetengah tempat pula air mati disebut sebagai air kecil, air bebanir/banir atau air menyorong. Merujuk kepada istilah yang digunakan oleh Jabatan Hidrografi, TLDM pula air mati dipanggil Air Perbani.

Memancing Sewaktu Air Mati

Tidak sukar untuk menerangkan kaedah memancing sewaktu air mati. Ini kerana anda tidak perlu gusar arus laju mahupun air tidak cantik (keruh). Kalau ingin hasil terbaik, sediakan umpan segar, mencari masa dan waktu sesuai dan akhirnya lubuk-lubuk kegemaran. Sama ada pancingan batu, pantai, muara ataupun di jeti dan jambatan, kita boleh lihat betapa ramainya pemancing yang mencuba nasib masing-masing. Sekiranya tiada jadual atau kalendar Melayu (Hijrah) untuk dirujuk, perhatikanlah bulan kerana inilah pedoman utama nelayan kita pada zaman dahulu. Selain itu, cuaca dan musim setempat perlulah dirujuk terlebih dahulu agar tiada kecelakaan dan kekecewaan yang timbul.

Sekiranya anda tiada lubuk tertentu, cari saja sampan pemancing yang berlabuh sarnbil bertanya khabar tentang hasil. Kalau banyak bolehlah turut serta, tapi jangan sampai mengganggu mereka dengan berlabuh berdekatan. Dahulu, saya suka merujuk kepada pemancing yang berumur yang menggunakan sampan kayu kerana orang lama ini mernpunyai pengalaman dan lubuk tersendiri. Mungkin mereka tidak akan memberitahu lubuk-lubuk rahsianya, tetapi kita dapat mengagak apabila melihat mereka selalu 'parking' di lubuk tersebut setiap kali turun memancing.

Mungkin pemancing jenis ini akan beredar apabila kita menghampiri mereka. Dengan ini, kita akan dapat lubuk melalui pandangan dan pengalaman sendiri. Pada masa inilah anda boleh lihat jumlah pemancing yang ramai mengunjungi padang pancing masing-masing. Kebiasaannya bot sudah habis ditempah di sesetengah tempat. Umpan perumpun mahupun sotong kurita juga laris macam goreng pisang panas. Oleb itu, anda perlu pastikan umpan disediakan terlebih dahulu sekiranya tidak ingin berputih mata. Sekiranya ada kepakaran menjala, bolehlah mencari umpan anak belanak ataupun udang hidup.

Selain itu, sekiranya memancing sewaktu air mati, cuba elakkan memancing pada masa air betul-betul mati atau tiada arus sama sekali seperti air tenang di kolam atau tasik. Waktu arus mati, ikan biasanya menjadi pasif dan kurang berminat dengan umpan pemancing. Mudah untuk kita mengetahui tiada arus dengan cara berpandukan pada pergerakan tali pancing mahupun pada carta. Kalau diperhatikan pada carta, ada sesetengah waktu air mati, arus akan terhenti atau 'mati' sementara waktu sehinggalah pertukaran arus tejadi, atau pergerakan pasang dan surut bermula. Apabila bermulanya pergerakan arus kita akan dapat merasakan kehadiran ikan terutama anak-anak ikan bermain di permukaan air sambil diikuti pemangsa mereka. Bila ada peluang sebegini, jangan lepaskan. Percayalah, sukar untuk kita bertemu semula dengan waktu ikan betul-betul galak, ia berlaku kadang-kala sahaja.

Semoga anda selamat memancing dan bersama-samalah menjaga kebersihan sungai kita agar esok lusa kita semua masih dapat memancing dengan gembira.